Rabu, 26 Disember 2012

Resepi Puding Roti Bakar - mudah dan sedap

Hari ni saya off-day, baru habis syif malam pukul 7 pagi tadi. Cik Somi ajak balik ke kampung untuk jenguk mertua kurang sihat. Saya ambil masa untuk berehat dan melelapkan mata sekejap sebelum berkemas barang2 yg akan di bawa nanti. 

Selepas bersarapan tadi, saya nampak roti yg dibeli dua hari lepas belum terusik. Tengok tarikh luputnya pula hari ni. Jadi saya plan nak buatkan puding roti je la nanti, boleh jadikan buah tangan untuk keluarga di kampung.

Sedapnya layan mata, tahu-tahu Cik Somi kejutkan sebelum dia nak pergi solat jumaat dah. saja je dia biarkan saya tidur puas-puas. Aduh, tak sempat la nampaknya nak buat puding roti ni. Alamatnya terbuang la roti tu. Rupa-rupanya Cik Somi dah tolong lipatkan kain baju yang nak bawa. Alhamdulillah sempatla saya wat puding roti ni.

ok, di bawah ni saya kongsikan resepi puding roti versi bakar yang sangat simple, mudah, senang dan yang penting, mesti la sedap. Insha-Allah sekejap je nk siapkan menu ni. Bila dah masuk oven, bolehlah tinggalkan untuk kemaskan baju ke dalam beg. 

Penyediaannya semudah 1,2,3 je. Jom mula.


Pertama:
Masukkan bahan-bahan ni ke dalam blender;
3 biji telur A
1/2 tin susu cair @ susu segar
1/2 tin susu pekat manis
2 sudu makan butter @ marjerin
2 sudu makan gula
1 sudu kecil esen vanila
Secubit garam (kalau guna marjerin xperlu letak garam ye..)

Kedua:
Selepas bahan tadi di blend, masukkan ke dalam mangkuk atau bekas yang sesuai. 
Kemudian masukkan roti secukupnya ke dalam bancuhan telur tadi, terpulanglah samada nak koyak-oyak kan roti tu atau pun suka letak sekeping-sekeping. Saya lebih suka koyakkan sebab nanti senang nak susun dalam loyang. Biarkan roti mengembang seketika, lepas tu bolehla masukkan ke dalam loyang untuk di bakar.

Ketiga:
Panaskan oven pada suhu 180 darjah dan bakar la puding kite tadi dengan menggunakan api atas bawah  lebih kurang 40 - 50 minit bergantung pada saiz puding kite td. Kalau suka puding yg agak berkerak biarkan lama sikit.

Jumaat, 7 Disember 2012

Resepi Tart Telur



Bahan-bahan:

Pastry

200g butter
80g gula aising
360g superfine flour
1 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila


Filling

1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air panas@suam
1 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu kecil esen vanila
sedikit pewarna kuning

Cara-cara 

1. Pukul butter dengan gula hingga agak kembang atau hingga gula hancur.
2. Kemudian masukkan telur dan gaulkan.
3. Masukkan tepung dan gaulkan hingga menjadi doh dan tak melekat di tangan.
4. Ambil doh secukupnya dan tekankan ke dalam acuan..lebih kurang 1/2 cm tebal.
5. Cucukkan doh tadi dengan garfu atau lidi supaya doh tidak terlalu kembang semasa dibakar nanti.
6. Bakar selama 10-15 minit pada suhu 180 darjah mengikut kesesuaian saiz dan ketebalan crust anda.
7. Untuk filling pula senang je... kacau gula dalam air panas hingga larut..
8. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji..masukkan susu cair,esen vanila,tepung kastard dan sedikit pewarna kuning dan kacau sebati...
9. Untuk mengelakkan filling kita berketul-ketul, tapiskan adunan terlebih dahulu sebelum digunakan.
10. Kemudian ambil crust td dan masukkan fillng (jangan penuh sangat ye..lebih kurang 3/4 penuh sahaja). Kemudian, bakar lagi lebih kurang 10-15 minit atau sehingga masak...nak tahu tat dah masak atau tak..boleh la dicucuk dengan lidi atau pencungkil gigi..jika masih cair maknanya ia belum masak sepenuhnya..bakar lagi sehingga masak...
11. Tunggu sehingga tart betul-betul sejuk sebelum masukkan ke dalam peti sejuk. tat ini sedap dihidangkan sejuk..

atau...satu cara lagi camni...


  1. Campurkan telur dan gula di dalam satu bekas..lepas tu gaulkan dengan tangan sehingga sebati.
  2. Kemudian masukkan telur..gaulkan dan masukkan tepung..gaul sehingga menjadi doh dan x melekat di tangan.
  3. Lepas tu boleh di terapkan ke dalam acuan seperti cara di atas..cucukkan sedikit..
  4. Kemudian masukkan filling terus tanpa membakar crust tersebut.. (penyediaan filling sama je ea).
  5. Selepas tu bolehlah dimasukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan dan bakar selama  20 ke 25 minit pada suhu 180 darjah atau sehingga betul2 masak....

Selamat mencuba...

Jumaat, 2 November 2012

Daging goreng sambal tumis kicap

Hmm..dah siap goreng daging kunyit tengok mase cam dah xsempat nk masak hidangan laen..tapi kuah xde lak ni..so..kite jadikanlah daging ni berkuah sikit..wat kan sambal tumis kicap je lah..sori ye Mr.Hubby..mama kelam kabut sikit hari ni..anis bangun awal lak..mintak layan die je dr td..ini je yg dapat mama siapkan untuk sayang..offday nt mama masak special k..jom kite jenguk resepi sempoi ni..

Bahan:
Daging @ ayam goreng kunyit
2 biji bawang india (saiz sederhana)
1 biji bawang putih
sedikit halia
10 tangkai cili kering
sedikit gula melaka @ gula
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa, air dan minyak


Caranya:

1. Kisar semua bawang,cili kering dan halia..
2. Tumiskan bahan yang dikisar td sehingga agak garing dan terbit minyak.
3. Tambahkan sedikit air dan air asam jawa.
4. Masukkan garam,gula melaka @ gula secukup rasa..kecilkan api..nt keras lak daging kite..
5. Masukkan daging yang sudah di goreng terlebih dahulu td..gaulkan dan biarkan seketika.
6. Hidangkan.

Ok..dah siap..bolehla saya gi iron baju keje lak..hehe..oh ya..selain daging..sos ni juga sedap dihidang bersama ayam atau ikan..cubalah..

Daging goreng kunyit simple

Hari ni saya keje petang..so sempatla masak sikit untuk Mr.Hubby mkn balik keje petang nanti..lepas Mr.Hubby g keje pg td saya da keluarkan daging dr peti sejuk..senang nt nk masak..ini lah hasilnye..

Bahan:

Daging lembu   (dipotong nipis2 @ kiub-perapkan dengan sedikit garam dan kunyit)
Bawang besar
Bawang putih
Cili merah @ cili api
Minyak untuk menggoreng

Caranya:

1. Ade 2 cara untuk masak daging samada nak rebus dulu atau
2. Masukkan daging ke dlm kuali dan tutup kuali dgn penutup..masakkan dgn api kecil..biarkan air daging kluar dan biarkan sampai kering..(cara ni cepat sikit siap dan daging pn ngam2 je empuknye..)
3. Bile air rebusan daging td dah kering..masukkan minyak secukupnye..goreng sampai daging agak garing..
4. Ketepikan daging di dlm kuali dan masukkan bawang putih,bawang besar dan cili..tumiskan sekejap..lepas tu gaulkan dgn daging td..
5. Hidangkan begitu sahaja atau pun boleh di gaulkan dengan sambal tumis atau sambal tumis kicap...resepinye...tgk kt resepi daging goreng sambal tumis kicap..


Selamat mencube..mudah je..

Khamis, 1 November 2012

Terung goreng sambal ikan bilis

Kali ni saya nak kongsikan resepi sayur kt sini..masakan saya kebanyakannya simple2 je..maklumlah nak cepat siap..orang bekerja cam saya ni selalu diburu waktu..so semua nk simple..tapi yang penting..simple but nice..walaupun masak maen campak-campak je rase mesti nak sedap..jom kite tgk resepi terung goreng sambal ikan bilis saya ni..idea tiba-tiba je ni..sori la gambar x bape menarik..hehe..

Bahan:

Sebiji terung (potong)
2-3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering
sedikit ikan bilis
garam dan gula secukup rasa
penambah perisa jika perlu

Cara:

1. Bawang merah,bawang putih,cili kering dan ikan bilis ditumbuk hancur..tak halus sangatpun takpe..
2. Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi hingga garing dan naik bau.
3. Masukkan terung dan kacau..tambah sedikit air jika perlu..tambahkan garam gula dan serbuk perasa secukupnya..
4. Tutup api bila terung masak atau mula layu..


Siap..simple kn..ini la resepi kalau memasak sambil kejar mase nk gi keje cm saya ni..yang penting MyHubby cakap sedap..bertambah-tambah nasinye..hehe..