Jumaat, 29 Mac 2013

Kek Coklat Cheese Kukus Mudah


Kek Coklat Cheese Kukus

Ini dia resepi Kek Coklat Cheese Kukus yang mudah senang dan simple dari saya...saya pun dapat resepi kek ni dari internet jugak tapi bila dah dicuba ade lah di ubah sikit-sikit mengikut citarasa dan cara saya..biasalah kalau cara saya tu mestilah nak mudah dan cepat je la kan..

Bahan Kek A:

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak jagung (minyak masak pun boleh)

Bahan Kek B:

4 biji telur (biasa guna gred B je)
1 cawan tepung gandum (lebihkan setengah cawan pun ok jugak tp kalau nak moist 1 cawan je)
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil serbuk soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila

Bahan Cheese:

250 gm cream cheese (cari yang ada logo halal tau)
60 gm gula aising (lebih kurang 3-4 sudu besar..terpulang anda suka manis ke tak..boleh rase kn)
1 sudu besar air
1 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
sedikit sunquick (kalau nak ade rase sweet sour la..kalau x letak pun sedap jugak)

Cara-cara:

  1. Panaskan bahan A dalam periuk..kacau hingga gula hancur dan sebati..biarkan seketika..Jangan lupa panaskan air dalam periuk kukus tau..
  2. Blend bahan B hingga sebati..kacau ngan senduk pun boleh...
  3. Campurkan bahan A dan B...kacau sebati..Masukkan ke dalam loyang..Lapisan pertama masukkan lebih kurang 1/4 bahagian loyang atau separuh dari adunan tadi..Kukus lebih kurang 20 minit atau lapisan kek tu hampir masak..
  4. Sementara itu, kita sediakan adunan cheese pulak yea..pukul cream cheese bersama gula aising hingga gebu..kemudian masukkan telur,air,tepung gandum dan sunquick dan pukul lagi hingga sebati..
  5. Setelah lapisan pertama kek tadi dah agak keras bolehla kita masukkan lapisan cheese td...sebelum tu anda bolehlah garukan sedikit permukaan atas kek tadi dengan garfu atau pisau..tujuannya supaya lapisan kek dan cheese betul-betul melekat...kalau tak nanti jadi selapis selapis pulak kan..Kukus lagi lebih kurang 20 minit..
  6. Akhir sekali masukkan baki adunan kek tadi untuk lapisan ketiga dan kukus hingga masak lebih kurang 1 jam...jangan lupa garukan sikit lapisan cheese tu yea...


Roti goreng sosej

Kali ni saya nak kongsikan satu menu ringkas yang cukup senang dan cepat disediakan..sesuai untuk sarapan..minum petang..hidangan ringkas untuk tetamu atau bekalan ke mana-mana..


Bahan-bahan:

Roti keping (saya biasa guna gardenia)
Sosej
Telur
Secubit garam
Sedikit tepung gandum (untuk dijadikan gam dicampurkan sedikit ke dlm telur)

Cara-cara:

    1.Goreng atau rebus sosej terlebih dahulu..sejukkan...

    2.Kemudian potong sosej mengikut selera anda..jika potong sosej kepada 2..so roti pun bahagi kepada dua..klau potong 3..roti pun bahagi kepda 3 bahagian..biasanya saya potong 3..tak lah besar sangat dapat pn banyak...oh ya..sebelum roti dipotong..tekan2 sedikit roti tu..ataupun boleh juga gunakan penggelek untuk memadatkan roti tu..tujuannya adalah untuk mengelakkan roti terlalu kembang masa dicelup ke dalam telur dan juga mengelakkan roti menyerap minyak berlebihan ketika digoreng..jangan risau kerana roti akan mengembang semula ketika digoreng..

    3.Selepas dipenyekkan..potong roti dan gulungkan sosej yang dipotong td dengan roti tu...kemudian dihujung roti tersebut...gam kan dengan tepung yang dibancuh dengan sedikit air..jangan terlalu cair ya..nanti x lekat lak..selepas dilekatkan biarkan sekejap sementara kita siapkan telur.

    4.Pecahkan telur..masukkan tepung dan garam...pukul sehingga sebati dan agak kembang...nak senang masuk blender je...lepas tu celupkan roti tadi..dan terus goreng dengan menggunakan minyak yang banyak dan panas...siap...

Khamis, 14 Mac 2013

Resepi Ayam Masak Lemak Tomyam

Ayam masak lemak tomyam
Lamanya saya tak update blog ni...entahlah kenapa jadi macam sibuk sangat sampai tak ade masa nak mengadap PC..oklah..hari ni saya nak kongsikan resepi ayam masak lemak tomyam ni dengan anda semua...pernah makan tak lauk ni...saya belajar masakan ni dari mertua saya...sebelum kahwin saya tak pernah  jumpa lauk ni...Jom kite tengok resepinya ea...

Bahan-bahan:

1/2 ekor Ayam (siap di potong dan dibersihkan)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci Kunyit
1 inci Lengkuas
1 bungkus pes/perencah tomyam merah (saya biasa guna jenama Adabi)
cili padi (terpulang pada anda nak pedas ke tak)
Daun limau (dibuang tulang daunnya)
1-2 batang serai (dititik)
1 buku kiub pati ayam
Asam keping
Air
Santan pekat (terpulang pada anda nak lemak atau kurang lemak)
garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Masukkan ayam ke dalam periuk..
2. Kisar bawang,kunyit,lengkuas dan cili..kemudian masukkan ke dalam periuk..
3. masukkan pes tomyam,serai dan air...masukkan garam dan kiub pati ayam dan rebus sehingga ayam empuk...masukkan sekali daun limau (buang tulang daun tu yea..)
4. Akhir sekali masukkan santan - terpulang kepada anda suka lemak atau kurang lemak..masukkan asam keping dan seimbangkan rasa...biarkan mendidih sekejap...kemudian boleh lah dihidang...senang je kan... selamat mencuba... ^_^