Rabu, 26 Disember 2012

Resepi Puding Roti Bakar - mudah dan sedap

Hari ni saya off-day, baru habis syif malam pukul 7 pagi tadi. Cik Somi ajak balik ke kampung untuk jenguk mertua kurang sihat. Saya ambil masa untuk berehat dan melelapkan mata sekejap sebelum berkemas barang2 yg akan di bawa nanti. 

Selepas bersarapan tadi, saya nampak roti yg dibeli dua hari lepas belum terusik. Tengok tarikh luputnya pula hari ni. Jadi saya plan nak buatkan puding roti je la nanti, boleh jadikan buah tangan untuk keluarga di kampung.

Sedapnya layan mata, tahu-tahu Cik Somi kejutkan sebelum dia nak pergi solat jumaat dah. saja je dia biarkan saya tidur puas-puas. Aduh, tak sempat la nampaknya nak buat puding roti ni. Alamatnya terbuang la roti tu. Rupa-rupanya Cik Somi dah tolong lipatkan kain baju yang nak bawa. Alhamdulillah sempatla saya wat puding roti ni.

ok, di bawah ni saya kongsikan resepi puding roti versi bakar yang sangat simple, mudah, senang dan yang penting, mesti la sedap. Insha-Allah sekejap je nk siapkan menu ni. Bila dah masuk oven, bolehlah tinggalkan untuk kemaskan baju ke dalam beg. 

Penyediaannya semudah 1,2,3 je. Jom mula.


Pertama:
Masukkan bahan-bahan ni ke dalam blender;
3 biji telur A
1/2 tin susu cair @ susu segar
1/2 tin susu pekat manis
2 sudu makan butter @ marjerin
2 sudu makan gula
1 sudu kecil esen vanila
Secubit garam (kalau guna marjerin xperlu letak garam ye..)

Kedua:
Selepas bahan tadi di blend, masukkan ke dalam mangkuk atau bekas yang sesuai. 
Kemudian masukkan roti secukupnya ke dalam bancuhan telur tadi, terpulanglah samada nak koyak-oyak kan roti tu atau pun suka letak sekeping-sekeping. Saya lebih suka koyakkan sebab nanti senang nak susun dalam loyang. Biarkan roti mengembang seketika, lepas tu bolehla masukkan ke dalam loyang untuk di bakar.

Ketiga:
Panaskan oven pada suhu 180 darjah dan bakar la puding kite tadi dengan menggunakan api atas bawah  lebih kurang 40 - 50 minit bergantung pada saiz puding kite td. Kalau suka puding yg agak berkerak biarkan lama sikit.

Jumaat, 7 Disember 2012

Resepi Tart Telur



Bahan-bahan:

Pastry

200g butter
80g gula aising
360g superfine flour
1 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila


Filling

1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air panas@suam
1 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu kecil esen vanila
sedikit pewarna kuning

Cara-cara 

1. Pukul butter dengan gula hingga agak kembang atau hingga gula hancur.
2. Kemudian masukkan telur dan gaulkan.
3. Masukkan tepung dan gaulkan hingga menjadi doh dan tak melekat di tangan.
4. Ambil doh secukupnya dan tekankan ke dalam acuan..lebih kurang 1/2 cm tebal.
5. Cucukkan doh tadi dengan garfu atau lidi supaya doh tidak terlalu kembang semasa dibakar nanti.
6. Bakar selama 10-15 minit pada suhu 180 darjah mengikut kesesuaian saiz dan ketebalan crust anda.
7. Untuk filling pula senang je... kacau gula dalam air panas hingga larut..
8. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji..masukkan susu cair,esen vanila,tepung kastard dan sedikit pewarna kuning dan kacau sebati...
9. Untuk mengelakkan filling kita berketul-ketul, tapiskan adunan terlebih dahulu sebelum digunakan.
10. Kemudian ambil crust td dan masukkan fillng (jangan penuh sangat ye..lebih kurang 3/4 penuh sahaja). Kemudian, bakar lagi lebih kurang 10-15 minit atau sehingga masak...nak tahu tat dah masak atau tak..boleh la dicucuk dengan lidi atau pencungkil gigi..jika masih cair maknanya ia belum masak sepenuhnya..bakar lagi sehingga masak...
11. Tunggu sehingga tart betul-betul sejuk sebelum masukkan ke dalam peti sejuk. tat ini sedap dihidangkan sejuk..

atau...satu cara lagi camni...


  1. Campurkan telur dan gula di dalam satu bekas..lepas tu gaulkan dengan tangan sehingga sebati.
  2. Kemudian masukkan telur..gaulkan dan masukkan tepung..gaul sehingga menjadi doh dan x melekat di tangan.
  3. Lepas tu boleh di terapkan ke dalam acuan seperti cara di atas..cucukkan sedikit..
  4. Kemudian masukkan filling terus tanpa membakar crust tersebut.. (penyediaan filling sama je ea).
  5. Selepas tu bolehlah dimasukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan dan bakar selama  20 ke 25 minit pada suhu 180 darjah atau sehingga betul2 masak....

Selamat mencuba...