Rabu, 26 Disember 2012

Resepi Puding Roti Bakar - mudah dan sedap

Hari ni saya off-day, baru habis syif malam pukul 7 pagi tadi. Cik Somi ajak balik ke kampung untuk jenguk mertua kurang sihat. Saya ambil masa untuk berehat dan melelapkan mata sekejap sebelum berkemas barang2 yg akan di bawa nanti. 

Selepas bersarapan tadi, saya nampak roti yg dibeli dua hari lepas belum terusik. Tengok tarikh luputnya pula hari ni. Jadi saya plan nak buatkan puding roti je la nanti, boleh jadikan buah tangan untuk keluarga di kampung.

Sedapnya layan mata, tahu-tahu Cik Somi kejutkan sebelum dia nak pergi solat jumaat dah. saja je dia biarkan saya tidur puas-puas. Aduh, tak sempat la nampaknya nak buat puding roti ni. Alamatnya terbuang la roti tu. Rupa-rupanya Cik Somi dah tolong lipatkan kain baju yang nak bawa. Alhamdulillah sempatla saya wat puding roti ni.

ok, di bawah ni saya kongsikan resepi puding roti versi bakar yang sangat simple, mudah, senang dan yang penting, mesti la sedap. Insha-Allah sekejap je nk siapkan menu ni. Bila dah masuk oven, bolehlah tinggalkan untuk kemaskan baju ke dalam beg. 

Penyediaannya semudah 1,2,3 je. Jom mula.


Pertama:
Masukkan bahan-bahan ni ke dalam blender;
3 biji telur A
1/2 tin susu cair @ susu segar
1/2 tin susu pekat manis
2 sudu makan butter @ marjerin
2 sudu makan gula
1 sudu kecil esen vanila
Secubit garam (kalau guna marjerin xperlu letak garam ye..)

Kedua:
Selepas bahan tadi di blend, masukkan ke dalam mangkuk atau bekas yang sesuai. 
Kemudian masukkan roti secukupnya ke dalam bancuhan telur tadi, terpulanglah samada nak koyak-oyak kan roti tu atau pun suka letak sekeping-sekeping. Saya lebih suka koyakkan sebab nanti senang nak susun dalam loyang. Biarkan roti mengembang seketika, lepas tu bolehla masukkan ke dalam loyang untuk di bakar.

Ketiga:
Panaskan oven pada suhu 180 darjah dan bakar la puding kite tadi dengan menggunakan api atas bawah  lebih kurang 40 - 50 minit bergantung pada saiz puding kite td. Kalau suka puding yg agak berkerak biarkan lama sikit.

1 ulasan:

  1. resepi yg sedap dan ringkas.. saya guna resepi ni je utk puding roti.. mudah sgt... terima kasih ye puan.. moga diberkati selalu..

    BalasPadam